Pages

Wednesday, April 25, 2007

Malaysia National history kit


Hari ini saya memulakan post saya dengan kit skuad Negara kita, ada diantaranya banyak memberi kenangan membanggakan dan begitu menghampakan. Keinginan untuk menyiapkan satu koleksi tu memanglah tinggi, tetapi disebabkan faktor masa yang amat terhad, kerana untuk menadapatkan info sejarah skuad negara ini saya kena pergi Perpustakan Negara untuk membelek segala majalah dan paper lama tulah yang membuatkan koleksi ini terhenti seketika.......lainlah ada sponsor ye. Buat masa ini terimalah saja mana yang ada, kalau ada simpan sebarang foto atau info kit Malaysia, mail saya.

Kat sini juga saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan amat terimakaseh kepada rakan ispirasi John Devlin seorang penulis dan ilustrator buku di atas, kerana sudi menghantar e-mail pada saya (sesuatu yang mengejutkan). Dengan itu saya akan cuba promot bukunya untuk fanatik bola di Malaysia. Saya memang dah lama memiliki dua volume buku ini. Setakat ini saya hanya jumpa di Kinohkuya, KLCC, setiap satu saya beli dengan harga RM98.95, dan pilihan saya adalah Volume 1 kerana semua kelab utama EPL ada kat sini. Untuk keterangan lanjut pasal isi buku ini check-out here. www.truecoloursfootball.co.uk

No comments: