Pages

Sunday, April 29, 2007

Logo switch_image project


Sebenarnya hari ini banyak yang saya nak tulis, Firstly saya akan letak dan perkenalkan logo switch_image project buat pertama kali setelah 2 tahun aku menyimpannya. Pada perancangan asal logo dan blog ini tidak diubahsuai secara drastik dahulu, kerana saya akan memberi tumpuan dahulu pada kit, tetapi memanadangkan keadaan di luar jangkaan jadi kenalah saya letak logo ini. Pada masa akan datang mungkin ada diantara kit yang saya post tu ada tertera logo switch_image project dan sebuah lagi logo site antarabangsa lain, di mana saya akan bekerjasama membuat ilustrasi kit sejarah pembangunan bolasepak kit sebuah negara gergasi bolasepak Eropah didalam site dan buku, di situ juga kami akan menerangkan secara terperinci antara kit replika dan yang asli untuk perlawanan. Nampaknya kerja saya makin bertambah le.
Secondly, saya berasa sedih juga, sebagai anak bumiputera Malaysia, tidak dapat menyiapkan satu projek yang memang menjadi idaman saya dari dulu lagi untuk menyiapkan ilustrasi kit Negara tercinta kita sendiri hingga kini, tetapi syukur ada juga sikit. Insyaallah dengan adanya pengalaman dari projek bersama di Eropah dan sebuah kelab Profesional di sana, dapatlah merealisasikan projek saya dengan lebih baik.

No comments: